Batas Pergaulan dan Pantang Larang Setiap Kaum Dari Sudut Sosio Budaya dan Agama

 DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK: SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA.

NAMA PENSYARAH: PUAN NORHAYATI




SAYIDAH ABIDAH BT SULAIMAN


02DMH17F1043

NUR SHAFIQAH BT ABDUL MUTALIB

02DMH17F1040

NABILAH HUDA BT NORHISYAM

02DMH17F1047

HALIMATUL SYAHIRA BT IZALAN

02DMH17F1003


NURUL ASYIQIN BT ALIAS

02DMH17F1039



Isi kandungan



1

Pengenalan



2


Sosio budaya di Malaysia



3

 

Kepelbagaian agama di Malaysia


4

Batas dan Adab Pergaulan Dalam Islam

5.

Hukum Pergaulan Di Antara Lelaki dan Perempuan



6.

Cara Untuk Menjaga Batas Pergaulan dan Pantang Larang Dari Aspek Sosio Budaya




7.

      Lampiran



8.

Rujukan

Pengenalan



Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India.. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia timur . Oleh itu,setiap kaum mempunyai batas pergaulan dan pantang larang.

Batas pergaulan bermaksud Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam islam . Istilah pergaulan atau percampuran atau ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' ( pertemuan ) atau musyarakah ( penyertaan ) di antara lelaki dan wanita. Pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita. 

Pantang larang merupakan satu bentuk bahasa yang sering digunakan oleh masyarakat terdahulu sebagai suatu bentuk peraturan lisan yangharus  diterima oleh masyarakat sebagai satu dogma dalam kehidupanseharian. Bahasa pantang larang ini terhasil daripada kepercayaanmasyarakat dahulu kala berdasarkan pengamatannya terhadap alam sekitardan kejadian alam yang bersifat ‘sebab dan akibat’. Jika bahasa pantanglarang tersebut dilanggar, seseorang individu itu dikhuatiri akan menerimakecelakaan atau ditimpa perkara yang buruk.

1.0 Sosio budaya di Malaysia

Sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.Sosio budaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun, kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu. 

Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdkaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim, mahupun india dan cina. Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara moden dan barat. Perkara pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan tentang kehebatan sendiri.

Kesimpulannya, Sosio budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosio budaya penduduk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memandang tinggi kepada peradaban sosio budaya melayu. 


2.0 Kepelbagaian agama di Malaysia

Image result for 1 malaysia


Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, dan etnik yang utama adalah Malay, Cina dan India.Etnik masing-masing diberikan kebebasanuntuk mengamakan dan menganuti agama masing-masing tanpa sekatan.Maka wujudnya pelbagai agama dalam Malaysia iaitu Islam, Kristian,Buddha, Hinduisme, Konfusianesme dan Taoisme. Elemen agama sememangnya memainkan peranan penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.Semua agama amat menitikberatkan toleransi, persaudaraan dan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan seharian.Unsur kepelbagaian itu dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran melalui Surah Al-Hujraat Ayat 13 yang menyatakan penciptaan manusia dalam pelbagai bangsa dan suku bertujuan supaya mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain.Di Malaysia, kepebagaian umat dipersatukan dalam satu ikatan berteraskan identiti negara seperti Rukunegara, penggunaan bahasa kebangsaan, lagu rakyat, sistem demokrasi, raja berperlembagaan, dasar ekonomi dan lain-lain bentuk kesepakatan,.Setiap agama perlu berusaha memanfaatkan kekuatan nilai agama masing-masing secara maksimum untuk mendokong dalam menegakkan integriti pembinaan bangsa.


3.0 BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM



Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.


4,HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN


Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. 

Pergaulan yang dibenarkan iaitu semasa belajar,darurat,keperluan dan adat dalam majlis dengan syarat tidak bersentuhan,mengasingkan tempat,menjaga aurat dan menjaga adab pergaulan.



CARA UNTUK MENJAGA BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIO BUDAYA

MENGAMALKAN SIKAP PERPADUAN DALAM PERHUBUNGAN

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

MENGAMALKAN TOLERANSI DALAM PERGAULAN

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.


MENYEMAI PERGaulAN DENGAN PERSEFAHAMAN DAN SIFAT HORMAT-MENGHORMATI

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.



Islam


Image result for islam

Sebagai satu agama yang hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit pergaulan bebas iaitu dengan mengingati pesanan Allah SWT "jangan kamu menghampiri zina"

Jika menghampiri pun sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.  Menghampiri bermaksud apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan atau sebagainya adalah haram. Jika terdapat pendorong, mudahlah datang bisikan syaitan merelakannya pula. Maka terjadilah perbuatan terkutuk yang sering kali kita dengar dan lihat. Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas.

Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar, seseorang tidak sahnya menjadi bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.

Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatarkan barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.


 India/Hindu

Image result for india hindu

Sebagai satu agama yang hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit pergaulan bebas iaitu dengan mengingati pesanan Allah SWT "jangan kamu menghampiri zina"

Jika menghampiri pun sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.  Menghampiri bermaksud apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan atau sebagainya adalah haram. Jika terdapat pendorong, mudahlah datang bisikan syaitan merelakannya pula. Maka terjadilah perbuatan terkutuk yang sering kali kita dengar dan lihat. Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas.

Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar, seseorang tidak sahnya menjadi bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.

Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatarkan barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.


 India/Hindu

Catur Warna adalah salah satu ajaran pokok dalam agama Hindu, dan ianya tercatat di dalam kitab Weda. Maka ianya harus dilaksanakan kerana jika terjadi keserasian dan keseimbangan antara sesama manusia, alam dan Tuhan maka kedamaian dan kesejahteraan akan diperolehi umat. Catur Warna merupakan sistem strata sosial terbuka, maka baik dari segi pendidikan, pernikahan dan perekonomian juga bersifat bebas namun ada ketentuan yang harus ditaati.

Dalam hal pergaulan, pernikahan dan perdagangan tidak ada perbezaan antara golongan Brahmana, Kesatria, Waisya dan Sudra, yang ada adalah norma yang harus ditaati. Norma tersebut adalah penghormatan terhadap orang yang lebih tua. Jadi dalam agama Hindu boleh nikah antara warna demikian pula pergaulan serta perdagangan.  

 Cina/Buddha

Image result for orang cina

Buddha menyedari bahawa Tatanan adalah masyarakat yang adil dan seimbang akan memberikan kesempatan yang maksimum pada manusia untuk mencapai kebahagiaan dan pula kesempatan untuk mengembangkan kehidupan spiritual. Buddha juga menunjukkan bahawa bila kita mencita-citakan masyarakat yang aman dan ideal, maka etika harus dikembangkan dalam hubungan antara manusia sama pentingnya dengan pengembangan etika dan perilaku seseorang. 
  
Tatanan masyarakat yang adil dan makmur dan akan wujud jika kita mula memperlakukan sesama kita dengan cinta kasih, adil dan seimbang. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa etika pergaulan adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan seorang buddhis.
  
Buddha mengatakan “Asevana ca balanam Panditanan ca sevana puja ca pujaniyanam Etammangalamuttamam” yang bererti “Jangan bergaul dengan orang yang tak bijaksana, bergaullah dengan mereka yang bijaksana, menghormat mereka yang patut dihormati, itulah berkah yang mulia”.


Pantang larang setiap kaum

Kaum melayu

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Kehamilan dan kelahiran


Image result for kelahiran
Image result for pregnant
  •  Dilarang mencaci atau meceritakan kecacatan, dikhuatiri anak bakal lahir juga akan mengalami cacat.
  • Dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
  •  Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan sumbing.
  •  Dilarang melihat sesuatu yang ganjil, takut akan terkenan.
  • Dilarang makan sotong, nanti tali pusat anak boleh tercerut.
  • Dilarang minum air tebu dan kelapa serta memakan nenas, ia boleh menyebabkan gugur.






 Perkahwinan kaum Melayu

Image result for perkahwinan melayu
  • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri .
  • Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu sihir. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  • Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Kedua,untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. Serta,untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semasa dalam tempoh pertunangan.







·        

Pantang larang semasa perayaan Aidilfiri dan Aidiladha

Image result for raya aidilfitri 2019

>Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. 

>Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.

>Umat Islam yangkehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan
menghadiahkan surahAl-Fatihah atau bacaan surah Yasin. 

>Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakantaulan. Mereka bermaaf-maafan dan
melupakan kisah silam yang lampau. 

>Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur. 

>Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa. 

>Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung kerumah terbuka yang diadakan.

>Membuat dan menghidangkan juadah wajib sepertiketupat,lemang,rendang dan
berbagai-bagai lagi

>Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan daging korban kepada fakir
miskin dan juga orang ramai.

>Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.


Pantang larang terhadap lelaki dan perempuan

Image result for batas lelaki dan perempuan

Pantang Larang Ke Atas Lelaki.

·         Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
·         Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
·         Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
·         Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
·         Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

·         Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
·         Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
·         Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
·         Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
·         Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.



Kaum India

Kelahiran

Membawa bayi pulang ke rumah (Upacara aarati) sireh. Dulangyangmengandungi
serbuk kunyit,kapur sirih yang dicairkan arang,sirih dan kapur barus
yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.
Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan
mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan
anak. Selain itu, mandi selepas bersalin. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke
seluruh badan bayi dengan menggunakanair suam yang kadangkala dicampur dengan
bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu
juga digunakan sebagai bahan utama melembutkan kulit bayi. Akhirnya, mendodoi bayi
ia adalah amalan yang merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat
India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan
lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan 'aaraaro aariraro' atau cerita-cerita nasihat. Ia
bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin
berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi dahulu sahaja.


Perkahwinan

Bagi perkawinan ialah sebelum majlis perkahwinan berlangsung,kad jemputan perlu
disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan, jika terdapat
kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan
lancar. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu, kerana agama hindu melarang makan daging lembu.


Perayaan Deepavali

Image result for perayaan deepavali

-    Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan deepavali merupakan gabungan perkataan ‘Dipa’ yang berarti cahaya dan perkataan ‘Gavali’ yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam calendar Tamil (antara bulan oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,’kemenangan’ dan ‘kebahagian’
-     Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan dihidangkan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mandalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
-     Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
-    Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu, barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga yang telah meninggal dunia.


Kaum cina

Kelahiran


SEBELUM KELAHIRAN


DILARANG MEMAKU.
     · Wanita cina yang mengandung dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat seperti memaku kerana bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat kerana terkejut.
MENJAGA TINGKAH LAKU

·Wanita yang mengandung hendaklah menjaga tingkah laku sepertu tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat dan dilarang sama sekali memukul binatang kerana risau anak yang dikandung akan terkena badi.

HINDARI MASALAH

· Wanita yang mengandung dielakkan daripada memikirkan masalah yang berlaku tidak kira masalah keluarga atau suami kerana risau anak yang dikandung akan terganggu dengan permasalahan tersebut.

PEMAKANAN

· Wanita yang sedang mengandung dilarang daripada makan makanan yang tajam dengan kerap seperti "nenas" dan ''mangga' kerana akan menyebabkan anak yang dikandung menjadi besar dan menyukarkan proses kelahiran nanti.

DILARANG MENGGOSOK PERUT

·  Wanita yang mengandung dielakkan daripada menggosok perut terlalu kerapa kerana bimbang anak akan menjadi manja.
                                                               
SELEPAS KELAHIRAN
· Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40 hari.
· Selain itu,mereka hendaklah memakai pakaian dan stoking yang tebal kerana bimbang akan masuk angin.
·Disamping itu,mereka juga dielakkan daripada mandi dan membasuh rambut dengan menggunakan air sejuk kerana risau akan masuk angin.
·Seterusnya ialah mereka juga dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat kerana takut rahim akan menjadi kendur.


Perkahwinan

· Bakal pengantin tidak digelakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan
  sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
·Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih,biru
  tua,hitam dan hijau.
· Dalam bilik pengantin baru, katil meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan
  yang biasan dan bukannya sudut bilik.
·Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkahwinan. Menurut kepercayaan
  orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yaqng ditetapkan adalah
  perkahwinan yang tidak sah.


Perayaan Tahun Baru Cina


1. Dilarang Makan Bubur
-Sepanjang tempoh perayaan, masyarakat Cina perlu mengelak bersarapan dengan
bubur. Mereka dilarang bersarapan bubur kerana boleh menyebabkan seseorang
menjadi miskin.Jadi korang janganlah bawa bubur ayam McDonalds sebagai buah
tangan, sebaik baiknya beri buah-buahan atau hamper.

2. Adab Menggunakan Penyepit
Jika anda dijemput makan semeja, jangan sesekali mencucuk penyepit pada mangkuk
nasi keadaan menegak! 
Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang yang
sudah tiada.

3. Jangan Menyapu
Kalau korang terjatuhkan makanan seperti kuih, jangan pandai-pandai nak menyapu
kerana korang akan menyapu semua nasib baik dan kekayaan tuan rumah.
Oleh itu, pastikan korang tidak melakukan kesilapan ini dan mengutip makanan yang
jatuh tadi.

4. Jangan Pinjam Duit
Jangan pinjam duit tetapi boleh bayar duit yang korang pinjam! 
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam
Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun.
Jangan pula sesak nak tunggu gaji, korang minta pinjam duit dengan sahabat korang
yangberbangsa Cina. Memang kena tadah telinga dengar dorang bebel.

5. Tidur Lambat
Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat
bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Adat ini juga dipercayai memanjangkan usia
orang tua mereka.

6. Jangan Pecahkan Barang
Jangan pecahkan barang seperti pinggan, pasu, cawan atau mangkuk! Perbuatan ini
menyebabkan tuan rumah kehilangan kekayaan.


Rujukan

https://www.scribd.com/document/149902138/Agama-agama-di-Malaysia

https://www.kabarsumbawa.com/2017/01/05/pergaulan-bebas-penyebab-akibat-cara-mengatasinya/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/03/kepelbagaian-agama-menyatupadukan-rakyat-malaysia/ 

https://www.coursehero.com/file/p4umps4/2-Pantang-Larang-Perayaan-Hari-Raya-Aidilfitri-adalah-dilarang-membazir-dan/

http://ohhangat.com.my/article/C1802122032354594/6-pantang-larang-tahun-baru-cina-yang-mungkin-korang-tak-tahu

Comments